Hadis Sahih Muslim No. 1683 Jilid 3 Topik adalah Pidana 1683. Dari Abu 'Abdurrahman r.a., katanya: "Pada suatu ketika 'Ali bin Abi Thahah berkata dalam khutbahnya, "Hai, manusia! Tegakkanlah hukum kepada hamba sahayamu, baik yang telah kahwin maupun yang belum. Sesungguhnya pernah terjadi, seorang hamba perempuan kepunyaan Rasulullah saw. berzina, maka beliau menyuruh ku supaya menderanya. Ternyata ketika itu dia baru habis melahirkan. Kerana itu aku khuatir dia akan tewas jika hukuman dera ku laksanakan. Hal itu ku sampaikan kepada Rasulullah saw., maka beliau berkata, "Engkau telah berbuat baik (kerana menunda pelaksanaan hukuman si terhukum hingga waktu yang baik bagi pelaksanaannya)." |