Hadis Sahih Muslim No. 1680 Jilid 3 Topik adalah Pidana 1680. Dari Nafi' r.a., katanya 'Abdullah bin 'Umar mengabarkan kepadanya bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan Yahudi dihadapkan orang kepada Rasulullah saw. kerana keduanya dituduh berzina. Rasulullah saw. pergi menemui orang-orang Yahudi itu dan melakukan pemeriksaan terhadap mereka. Tanya beliau, "Apa yang kalian ketahui dalam Taurat tentang hukuman bagi orang yang berzina?" Jawab mereka, "Kami lumuri muka mereka dengan arang, kemudian kami naikkan keduanya ke atas kenderaan dengan posisi berbelakang-belakangan lalu diarak keliling kota." Jika kalian benar, cuba perlihatkan kepada ku Kitab Taurat mu itu. Lalu mereka bawa Kitab Taurat dan mereka baca di hadapan beliau. Ketika bacaannya sampai kepada ayat rejam, pemuda yang membaca meletakkan tangannya menutupi ayat rejam, dan lewat ke bacaan ayat berikutnya. Tetapi 'Abdullah bin Salam yang ketika itu mendampingi Rasulullah saw. berkata, "Ya, Rasulullah! Suruhlah dia mengangkat tangannya. Ketika pemuda itu mengangkat tangannya, ternyata di bawah tangannya itu terdapat ayat rejam. Rasulullah saw. memerintahkan supaya keduanya dihukum rejam. Maka direjamlah keduanya. Kata 'Abdullah bin 'Umar, "Aku ikut merejam keduanya. Ku lihat yang lelaki bersikap melindungi yang perempuan dari lemparan-lemparan batu dengan tubuhnya." |