Hadis Sahih Bukhari No. 1680 Jilid 4 Topik adalah Hias 1680, Dan Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah saw. memakai sebuah cincin dari emas atau perak, dan dijadikannya muka cincin itu di sebelah telapak tangan beliau, di mana terukir tulisan '"Muhammad Rasulullah". Orang banyak mulai memakai cincin seperti itu pula. Setelah beliau melihat ramai memakai cincin seperti itu, beliau lalu membuang cincin itu, dan berkata: "Saya tidak akan memakainya untuk selama-lamanya." Kemudian beliau memakai sebuah cincin perak. Orang banyak juga mulai memakai cincin perak. Ibnu 'Umar berkata: Setelah Nabi saw., orang yang memakai cincin itu adalah Abu Bakar, lalu 'Umar, lalu 'Utsman, sampai cincin itu jatuh dan hilang oleh 'Utsman ke dalam sumur di Aris. |