Hadis Sahih Muslim No. 1675 Jilid 3 Topik adalah Pidana 1675. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki muslim datang kepada Rasulullah saw. ketika beliau sedang berada di masjid. Lalu lelaki itu berkata, "Ya, Rasulullah! Aku berzina." Rasulullah memalingkan mukanya dari orang itu, lalu lelaki itu pindah ke tempat beliau menghadapkan mukanya, seraya berkata pula, "Ya, Rasulullah! Aku berzina." Rasulullah saw. memalingkan pula mukanya ke arah lain, sehingga hal seperti itu terjadi berulang sampai empat kali. Setelah lelaki itu mengakui sampai empat kali bahawa dirinya berbuat zina, Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau gila?" Jawab orang itu, "Tidak!" Tanya Nabi saw. pula, "Apakah engkau beristeri (sudah kahwin"?") Jawab orang itu, "Ya! Aku beristeri." Lalu Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat, "Bawa orang ini, kemudian rejamlah dia." |