Hadis Sahih Muslim No. 1674 Jilid 3 Topik adalah Pidana 1674. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Ketika 'Umar bin Khaththab pada suatu ketika sedang berada di mimbar Rasulullah saw., beliau berkata: "Sesungguhnya Allah Ta'ala mengutus Nabi Muhammad saw. dengan kebenaran dan Allah menurunkan Kitab kepadanya. Di antara ayat yang diturunkan kepadanya, yang kita semua telah membaca, telah mempelajari dan telah memahamkannya, ialah ayat rejam. Rasulullah saw. telah melaksanakan hukuman rejam tersebut, begitu pula kita yang masih hidup sesudah beliau. Aku khuatir, jika semakin lama ada orang yang berkata, "Di dalam Quran tidak ada kita dapati ayat mengenai hukuman rejam." Lantas mereka sesat-kerana meninggalkan hukum wajib yang diturunkan Allah Ta'ala. Sesungguhnya hukuman rejam yang terdapat dalam Kitab Allah, wajib dijalankan atas orang lelaki dan perempuan yang berzina, apabila ada saksi, ada bukti seperti hamil, atau pengakuan." |