Hadis Sahih Muslim No. 1672 Jilid 3 Topik adalah Pidana 1672. Dari 'Aisyah r.a. isteri Nabi saw., katanya: "Orang-orang Quraisy mendapat kesukaran kerana kes seorang wanita bangsawan yang melakukan pencurian pada masa Rasulullah saw., iaitu ketika terjadi perang penaklukan Mekah. Kata mereka, "Siapa yang dapat berbicara dengan Rasulullah saw. memintakan kebebasan bagi wanita itu dari hukuman potong tangan?" Jawab mereka, "Tidak ada yang dapat memintakan kebebasan baginya selain Usamah bin Zaid, anak kesayangan Rasulullah saw." Lalu Usamah berbicara dengan Rasulullah saw. memintakan kebebasan bagi wanita itu. Mendengar permintaan Usamah, muka Rasulullah saw. berubah warnanya, lalu beliau bersabda, "Sanggupkah kamu membela seseorang dari hukum yang telah ditetapkan Allah?" Jawab Usamah, "Mohonkanlah aku ampun kepada Allah, ya Rasulullah." Setelah malam tiba beliau berpidato. Mula-mula beliau memuji Allah sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya. Kemudian beliau bersabda, "Aroma ba'du, sesungguhnya orang-orang yang Sebelum kamu mengalami kehancuran, kerana apabila orang-orang besar yang mencuri, mereka diamkan saja. Dan apabila yang mencuri itu rakyat biasa,mereka tegakkan hukum. Sesungguhnya aku, demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, andaikata Fatimah binti Muhammad yang mencuri, sungguh kupotong tangannya." Kemudian beliau perintahkan supaya wanita yang mencuri itu dipotong tangannya. Maka dilaksanakanlah hukuman itu." |