Hadis Sahih Bukhari No. 1670 Jilid 4 Topik adalah Penyakit 1670, Dari Abu Sa'id aI-Khudri r.a., sejumlah sahabat Nabi saw. datang ke salah satu desa orang Arab dan mereka tidak diterima sebagai tamu. Ketika mereka dalam keadaan demikian, pemimpin penduduk desa itu disengat binatang. Orang desa itu bertanya: "Adakah kamu mempunyai ubat atau adakah di antara kamu yang pandai membaca mentera?" Para sahabat menjawab: "Kamu tidak mahu menerima kami sebagai tetamu, Kami tidak akan mengubatinya sebelum kamu memberikan sesuatu kepada kami." Mereka lalu memberikan beberapa ekor kambing. Lalu salah seorang dari mereka membaca Ummul Quran (al-Fatihah), setelah itu mengumpulkan air ludahnya di mulutnya dan meludahi yang sakit itu. Orang itu lalu sembuh. Mereka menyerahkan kambing. Para sahabat berkata: "Kami tanya dahulu kepada Nabi saw., baru kami ambil." Lalu mereka pergi bertanya kepada beliau. Beliau tertawa dan berkata: "Siapa yang memberitahukan kepada mu bahawa ayat itu mentera? Ambillah kambing itu dan beri saya sebahagian!" |