Hadis Sahih Bukhari No. 1669 Jilid 4 Topik adalah Penyakit 1669, Dari 'Aisyah, isteri Nabi saw., ia menceritakan bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah saw. tentang wabak kolera. Nabi saw. mengkhabarkan kepadanya bahawa penyakit itu adalah seksaan yang dijatuhkan Tuhan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Tetapi Tuhan menjadikannya rahmat bagi orang-orang yang beriman. Setiap hamba Tuhan yang menderita wabak itu dan tetap tinggal dinegerinya dengan sabar, kerana ia mengetahui bahawa yang menimpanya hanyalah apa yang telah ditakdirkan Tuhan saja, maka pahala yang diterimanya sama dengan pahala orang mati syahid." |