Hadis Sahih Muslim No. 1668 Jilid 3 Topik adalah Qasamah 1668. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Dua orang wanita Bani Hudzail berkelahi. Yang satu melempar yang lain dengan batu sehingga menyebabkan kematiannya dan kematian anak yang sedang dikandungnya. Mereka mengadukan peristiwa itu kepada Rasulullah saw. Beliau memutuskan hukuman bagi si pembunuh, membayar diyat janin dengan seorang hamba lelaki atau perempuan, dan diyat ibu yang terbunuh dibayar oleh keluarga si pembunuh." |