Hadis Sahih Muslim No. 1667 Jilid 3 Topik adalah Qasamah 1667. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memutuskan suatu perkara yang berhubungan dengan keguguran, sehingga janinnya mati, iaitu hukuman denda dengan seorang sahaya lelaki atau sahaya perempuan. Tetapi perempuan yang dijatuhi hukuman denda itu tiba-tiba meninggal. Maka Rasulullah saw. memutuskan harta warisan perempuan itu supaya dibahagikan kepada ahli warisnya, iaitu anak dan suaminya, sedang pembayaran denda dibebankan kepada 'ashabah (keluarga terdekat) si pembunuh." |