Hadis Sahih Bukhari No. 1667 Jilid 4 Topik adalah Penyakit 1667, Dari 'Abdullah bin 'Amir r.a., 'Umar melakukan perjalanan ke Syam. Setelah ia sampai di Sargh, datang berita bahawa di Syam sedang berjangkit penyakit menular. Lalu 'Abdurrahman bin 'Auf menceritakan kepadanya bahawa Rasulullah saw. berkata: "Kalau kamu mendengar penyakit menular berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu pergi ke sana. Tetapi kalau penyakit itu berjangkit di negeri di mana kamu berada, janganlah kamu ke luar dari padanya melarikan!" |