Hadis Sahih Muslim No. 1661 Jilid 3 Topik adalah Qasamah 1661. Dari Anas r.a., katanya: "Saudara perempuan Rubayy'i Ummu Haritsah melukai seseorang, lalu mereka mengadu kepada Nabi saw. Maka bersabda beliau, "Qishash! Qishash!" Tanya Ummu Rubayy'i, "Apakah dia harus di-qishash? Wallah (demi Allah)! Dia tidak perlu di-qishash kerana itu." Maka bersabda Nabi saw., "Subhanallah! Hai, Ummu Rubayy'i! Hukum qishash itu terdapat dalam Kitabullah!" Jawab Ummu Rubayy'i, "Tidak! Wallah! Dia tidak perlu diqishash kerana itu!" Dia sentiasa berkata begitu, sehingga akhirnya mereka menerima hukuman diyat (denda)." Maka bersabda Rasulullah saw., "Barangsiapa hamba Allah yang bersumpah dengan menyebut nama Allah, tentu Allah membenarkannya." |