Hadis Sahih Muslim No. 1658 Jilid 3 Topik adalah Qasamah 1658. Dari Anas r.a., katanya: "Seorang lelaki Yahudi membunuh seorang sahaya perempuan dari golongan Ansar, kerana dia hendak merampas perhiasannya. Kemudian mayat sahaya itu dilemparkannya ke dalam sumur. Dia membunuh perempuan itu memukulnya dengan batu. Kemudian Yahudi itu ditangkap lalu dibawa kehadapan Rasulullah saw. Beliau memerintahkan supaya merejam orang itu sampai mati. Maka direjamlah dia sampai mati." |