Hadis Sahih Muslim No. 1656 Jilid 3 Topik adalah Qasamah 1656. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Orang-orang dari qabilah 'Urainah mendatangi Rasulullah saw. di Madinah. Setibanya di Madinah mereka sakit kerana udara Madinah tidak sesuai dengan kesihatan mereka. Maka bersabda Rasulullah saw. kepada mereka, "Jika kalian mahu, pergilah kepada unta-unta sedekah (unta zakat), lalu minum susu dan kencingnya." Apa yang dianjurkan Nabi saw. itu mereka laksanakan, sehingga mereka sihat kembali. Tetapi kemudian mereka serang penggembala-penggembala unta dan mereka bunuh. Sesudah itu mereka murtad dari agama Islam, lalu mereka rampas unta-unta Rasulullah saw. Peristiwa itu dilaporkan orang kepada Rasulullah saw., lalu beliau perintahkan supaya mengejar mereka sampai dapat. Setelah mereka dihadapkan kepada Rasulullah saw., beliau perintahkan supaya tangan dan kaki mereka dipotong, lalu mata mereka dicungkil, sesudah itu mereka dibiarkan diterik panas matahari sampai mereka mati." |