Hadis Sahih Muslim No. 1653 Jilid 3 Topik adalah Sumpah 1653. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Seorang lelaki Ansar menjanjikan kemerdekaan bagi hamba-hambanya bila si majikan itu meninggal. Padahal orang itu tidak mempunyai harta yang lain selain sahayanya itu. Kabar mengenai sahaya itu sampai kepada Nabi saw. Maka bersabda beliau, "Siapa mahu membeli sahaya itu dari padaku?" Lalu sahaya itu dibeli oleh Nu'aim bin Abdullah seharga lapan ratus dirham, yang kemudian diserahkan beliau kepada orang Ansar itu." |