Hadis Sahih Muslim No. 1646 Jilid 3 Topik adalah Sumpah 1646. Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya: "Aku pernah memukul hamba sahayaku, lalu tiba-tiba ku dengar suara dari belakangku, "Ketahuilah, hai Abu Mas'ud! Sesungguhnya Allab saw. lebih berkuasa atas diri mu daripada kuasamu terhadap hamba mu itu." Aku menoleh ke belakang, kiranya Rasulullah saw. Lalu kataku,"Ya, Rasulullah! Dia ku bebaskan kerana Allah." Sabda Rasulullah saw., "Seandainya engkau tidak membebaskannya, engkau akan dimakan api neraka." |