Hadis Sahih Muslim No. 1645 Jilid 3 Topik adalah Sumpah 1645. Dari Mu'awiyah bin Suwaid r.a. katanya; "Pada suatu ketika aku pernah menampar sahaya kami, lalu aku pergi. Kemudian aku kembali sebelum Zohor dan sesudah itu aku solat Zohor di belakang (berjemaah dengan) bapaku. Kemudian Bapa memanggil sahaya kami itu dan memanggil ku juga. Bapa berkata kepada sahaya itu, "Patuhlah kepadanya, lalu saling memaafkan lah kalian!" Kemudian beliau berkata, "Pada masa Rasulullah saw., kami Bani Muqarrin tidak ada mempunyai pelayan selainnya seorang sahaya perempuan. Suatu ketika dia ditampar oleh salah seorang kami, lalu khabar mengenai pemukulan itu sampai kepada Rasulullah saw. Maka bersabda beliau, "Bebaskan dia!" Kata kami, "Kami tidak mempunyai pelayan selain dia." Sabda beliau, "Boleh kalian pakai dia untuk sementara, tetapi bila kalian tidak memerlukannya lagi (sudah ada gantinya), maka bebaskanlah dia!" |