Hadis Sahih Bukhari No. 1638 Jilid 4 Topik adalah Makan 1638, Dari 'Adi bin Hatim r.a., katanya: Saya bertanya kepada Rasulullah saw. tentang miaradh (iaitu buruan yang terbunuh bukan dengan mata anak panah, tetapi mati kerana terkena gagangnya dalam bentuk melintang). Beliau berkata: "Kalau engkau mengenai binatang buruan dengan mata anak panah, makanlah! Tetapi kalau engkau mengenainya dengan gagang anak panah, lalu binatang buruan ini mati, maka ini namanya waqiz, iaitu binatang yang mati kerana terbunuh, dan jangan dimakan." Saya bertanya: "Kalau saya melepas anjing untuk berburu?" Nabi menjawab: "Kalau engkau melepas anjingmu untuk berburu dan engkau menyebut nama Allah, maka makanlah binatang yang ditangkapnya!" Saya bertanya lagi: "Kalau anjing itu makan binatang itu?" Rasul menjawab: "Jangan engkau makan, kerana anjing itu menangkap buruan itu untuk dirinya dan bukan untuk engkau." Saya bertanya lagi: "Kalau saya melepas anjing saya untuk berburu, lalu saya dapati bersamanya ada anjing lain?" Rasul menjawab: "Jangan engkau makan bi natang yang ditangkapnya, kerana engkau menyebutkan nama Allah untuk anjingmu saja. Engkau tidak menyebutkan nama Allah untuk anjing yang lain itu." |