Hadis Sahih Muslim No. 1637 Jilid 3 Topik adalah Sumpah 1637. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki berada di sisi Rasulullah saw. sampai larut malam, sehingga dia terlambat pulang ke rumah isterinya. Sampai di rumah didapatinya anaknya sudah tidur. Isterinya menghidangkan makan malam untuknya, tetapi dia menolak dan bersumpah tidak akan makan, kerana dia tidak bertemu dengan anaknya. Kemudian terasa lapar baginya dan dia perlu makan, lalu dia makan. Sesudah itu dia datang kepada Rasulullah saw. menceritakan sumpahnya itu, tetapi kemudian dilanggarnya sendiri. Jawab Rasulullah saw., "Siapa bersumpah dengan suatu sumpah, kemudian dilihatnya ada sesuatu yang lebih baik daripada sumpahnya itu, maka hendaklah diperbuatnya yang lebih baik itu dan dibayarnya denda sumpah." |