Hadis Sahih Bukhari No. 1629 Jilid 4 Topik adalah Cerai 1629, Dari Ummu Salamah r.a., katanya: Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, kalau saya membelanjai anak-anak Abu Salamah dan saya tidak mahu meninggalkan mereka dalam keadaan terlantar, kerana mereka adalah juga anak-anak saya, apakah saya memperoleh pahala?" Rasul menjawab: "Benar, engkau akan memperoleh pahala atas segala nafkah yang engkau belanjakan." |