Hadis Sahih Muslim No. 1627 Jilid 3 Topik adalah Nazar 1627. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bertemu di jalan dengan seorang tua yang berjalan dengan bergantung kepada dua orang anaknya. Maka bertanya beliau, "Bagaimana bapa tua ini?" Jawab kedua anaknya, "Ya, Rasulullah! Beliau memenuhi nazarnya." Lalu bersabda Nabi saw., "Hai Bapa Tua! Naik kenderaanlah! Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak perlu) akan nazar anda yang seperti itu." |