Hadis Sahih Muslim No. 1626 Jilid 3 Topik adalah Nazar 1626. Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. pernah melihat seorang orang tua berjalan dituntun oleh dua orang anaknya. Lalu beliau bertanya, "Bagaimana orang tua ini?" Jawab mereka, "Beliau bernazar akan melakukan (ibadah haji) dengan berjalan kaki." Sabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya Allah swt. Maha Kaya untuk menyuruh seseorang menyeksa diri." Lalu orang tua itu diperintahkan beliau supaya naik kenderaan. |