Hadis Sahih Muslim No. 1619 Jilid 3 Topik adalah Wasiat 1619. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Ketika sakit Nabi saw. bertambah keras sewaktu beliau akan meninggal, banyak orang berada di rumah beliau; di antaranya terdapat 'Umar bin Khaththab. Nabi saw. bersabda, "Kemarilah, aku bacakan kepada kalian suatu wasiat, hendaklah kalian tulis agar kalian tidak sesat sepeninggal ku." Lalu kata 'Umar, "Nampaknya sakit beliau tambah keras. Bukankah kita telah mempunyai Al Quran? Cukuplah bagi kita Kitab Allah itu." Orang-orang yang berada sekitar beliau ketika itu berbeza pendapat, lalu mereka bertengkar. Ada yang mengatakan, "Mendekatlah kepada beliau, supaya dibacakan beliau wasiat yang harus kamu tulis." Dan ada pula yang sependapat dengan 'Umar, sehingga mereka menjadi ribut dekat Rasulullah saw. Lalu beliau bersabda, "Pergilah kalian dari sini" Kata 'Ubaidillah, Ibnu 'Abbas mengatakan bahawa: kerugian yang amat besar (bagi kaum muslimin), mereka gagal menuliskan pesan terakhir Rasulullah saw. tersebut, kerana mereka bertengkar dan ribut di dekat Nabi saw. yang sedang sakit keras." |