Hadis Sahih Muslim No. 1618 Jilid 3 Topik adalah Wasiat 1618. Dari Aswad bin Yazid r.a., katanya: "Banyak orang berbicara dekat 'Aisyah r.a., bahawa 'Ali menerima wasiat dari Rasulullah saw. Lalu kata 'Aisyah, "Bilakah beliau berwasiat kepadanya? Padahal waktu sakit, beliau bersandar ke badanku. Pada suatu ketika (sewaktu beliau sakit itu), beliau minta sebuah bejana, sesudah itu beliau rebah, dan aku tidak sedar bahawa beliau telah tiada. Nah, kapan beliau berwasiat kepadanya?" |