Hadis Sahih Bukhari No. 1618 Jilid 4 Topik adalah Cerai 1618, Dari 'Aisyah r.a., katanya: Ada seorang laki-laki menceraikan isterinya. Wanita itu kahwin lagi dengan suami lain, lalu cerai lagi. Dengan suaminya yang kedua ini, ia tidak mengalami apa-apa, sehingga ia tidak pernah merasakan apa yang dikehendakinya dari suaminya itu, dan ia telah diceraikan pula. Wanita itu datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Ya Rasulullah, suami saya telah menceraikan saya. Saya telah kahwin pula dengan seorang suami lain. Suami itu bergaul dengan saya, tetapi tidak ada apa-apanya (tidak bersenggama). Ia hanya satu kali pernah mendekat kepada saya. Ia tidak sampai kepada suatu pun dengan saya. Bolehkah saya kahwin lagi dengan suami pertama?" Rasulullah saw. menjawab: "Kamu tidak boleh kahwin dengan suamimu yang pertama sampai kamu bergaul (bersenggama) dengan suamimu yang kedua. " |