Hadis Sahih Bukhari No. 1616 Jilid 4 Topik adalah Cerai 1616, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Isteri Rifaah al-Qurazi datang kepada Rasulullah saw. Ia berkata: "Ya Rasulullah, Rifaah telah menceraikan saya dengan suatu perceraian yang tidak dapat rujuk kembali. Setelah itu saya kahwin dengan 'Abdurrahman bin Zubir al-Qurazi, tetapi dengan dia tidak terjadi apa-apa." Rasul berkata: "Kelihatannya engkau hendak kembali kepada Rifaah. Tidak boleh sebelum engkau bergaul (bersenggama) dengan 'Abdurrahman." |