Hadis Sahih Bukhari No. 1615 Jilid 4 Topik adalah Cerai 1615, Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., ia menceraikan isterinya sedang kotoran (menstruasi) di masa Rasulullah saw., lalu 'Umar bin Khattab r.a. bertanya kepada Rasulullah saw. mengenai hal ini. Rasul berkata: "Suruhlah ia rujuk kepada isterinya. Ia harus tetap menjaga isterinya sampai suci kembali, lalu setelah itu mengeluarkan kotoran kembali, dan suci kembali. Setelah itu baru kalau ia mahu memelihara isterinya terus, boleh, dan kalau ia mahu menceraikannya, juga boleh, asal ia belum bersenggama dengannya. Itulah masa yang tepat di mana Tuhan memperbolehkan menceraikan isteri" |