Hadis Sahih Muslim No. 1612 Jilid 3 Topik adalah Wasiat 1612. Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi saW., "Ya, Rasulullah! Bapaku sudah meninggal, beliau meninggalkan harta tetapi tidak memberi wasiat mengenai harta peninggalan beliau itu. Dapatkah harta itu menghapus dosa-dosa beliau, jikalau kusedekahkan atas namanya?" Jawab Nabi saw., "Ya, dapat!" |