Hadis Sahih Bukhari No. 1608 Jilid 4 Topik adalah Kahwin 1608, Dari 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya: Rasulullah saw. berkata: "Benarkah apa yang diceritakan orang kepada mu bahawa engkau selalu berpuasa siang hari dan selalu solat malam hari?" Saya menjawab: "Benar, ya Rasulullah!" Rasul bersabda: "Jangan berbuat begitu! Kamu berpuasa dan berbuka, solat malam dan tidur. Engkau mempunyai kewajiban terhadap tubuhmu. Engkau mempunyai kewajiban terhadap matamu. Engkau juga mempunyai kewajiban terhadap isteri mu." |