Hadis Sahih Muslim No. 1604 Jilid 3 Topik adalah Hadiah 1604. Dari Jabir r.a., katanya: "Seorang wanita yang tinggal di Madinah memberikan sebidang kebun kepada seorang anak lelaki. Kemudian anaknya itu wafat dan sesudah itu wafat pula ibunya. Sedangkan wanita itu meninggalkan pula anak-anaknya yang lain, iaitu saudara bagi anaknya yang meninggal yang diberinya kebun. Berkata anak-anaknya yang masih hidup, "Sekarang kebun itu harus kembali kepada kami." Kata anak-anak dari anaknya yang diberinya kebun, tapi telah meninggal, "Tidak mungkin! Kebun itu adalah milik ayah kami semasa hidupnya dan kini menjadi harta warisan bagi kami setelah beliau meninggal." Maka terjadilah sengketa antara mereka, lalu mereka mengadu kepada Thariq, maula Utsman. Thariq memanggil Jabir r.a., untuk memberi kesaksian bagaimana putusan itu. Rasulullah saw. mengenai kes yang sama, kerana Jabir pernah menyaksikan putusan itu. Kemudian Thariq memutuskan perkara itu sesuai dengan putusan Rasulullah saw. tersebut di atas. Sesudah itu Thariq menulis surat kepada Khalifah Abdul Malik mengkhabarkan putusannya itu, dan mengabarkan kesaksian Jabir. Jawab Abdul Malik, "Kesaksian Jabir, benar!" Kerana itu Thariq melaksanakan putusan tersebut, iaitu kebun yang dipersengketakan itu tetap menjadi milik anak-anak dari anak yang diberi wanita itu hingga sekarang." |