Hadis Sahih Muslim No. 1600 Jilid 3 Topik adalah Hadiah 1600. Dari Asy Sya'bi r.a., katanya Nu'man bin Basyir bercerita kepadanya, bahawa Ibu Nu'man binti Rawahah, meminta kepada bapa Nu'man sebahagian pemberian dari hartanya, untuk anaknya. Bapa menangguhkannya sampai setahun, sesudah itu barulah diberikannya. Kata ibu, "Aku tidak suka sebelum pemberian itu disaksikan Rasulullah saw. Lalu bapa membawa ku ke hadapan Rasulullah saw., sedangkan aku ketika itu masih anak-anak. Bapa berkata kepada beliau, "Ibu anak ini, iaitu binti Rawahah, memandang perlu untuk mempersaksikan kepada Anda pemberian yang ku berikan kepada anaknya." Rasulullah saw. bertanya, "Adakah engkau punya anak selain anakmu ini?" Jawab bapa, "Ya, ada!" Tanya beliau, "Adakah semua mereka engkau beri pemberian seperti ini?" Jawab bapa, "Tidak!" Sabda beliau, "Kalau begitu aku tidak mahu menjadi saksi suatu perbuatan zalim." |