Hadis Sahih Muslim No. 1599 Jilid 3 Topik adalah Hadiah 1599. Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Bapaku memberikan kepada ku sebahagian dari hartanya. Lalu ibu ku, 'Amrah binti Rawahah, berkata kepada bapa, "Jangan, aku tidak rela dengan pemberianmu itu sebelum disaksikan Rasulullah saw." Maka pergilah bapaku kepada Nabi saw. untuk mempersaksikan pemberiannya itu kepada ku. Rasulullah saw. bertanya kepada bapaku, "Apakah anda memberikan juga pemberian seperti ini kepada setiap anak anda?" Jawab bapaku, "Tidak!" Sabda beliau, "Takutlah kepada Allah sebenar-benar takut, dan berlaku adillah terhadap semua anak anda!" Bapaku pulang, lalu diambilnya kembali pemberiannya itu." |