Hadis Sahih Bukhari No. 1599 Jilid 4 Topik adalah Kahwin 1599, Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Kalau salah seorang kamu sebelum bersenggama dengan isterinya berdoa: "Dengan nama Allah! Hai Tuhan kami, jauhkanlah syaitan dari pada kami dan jauhkanlah syaitan dari anak yang Engkau kurniakan kepada kami," lalu ditakdirkan bagi suami-isteri itu atau ditetapkan bagi keduanya seorang anak, maka anak ini tidak akan dapat dirosak syaitan selama-lamanya." |