Hadis Sahih Bukhari No. 1597 Jilid 4 Topik adalah Kahwin 1597, Dari Anas bin Malik r.a., 'Abdurrahman bin 'Auf datang kepada Rasulullah saw. dengan tanda yang pucat. Rasul bertanya kepadanya, lalu ia menceritakan bahawa ia telah kahwin dengan seorang wanita Ansar. Rasul berkata: "Berapa engkau berikan mas kahwinnya?" Ia menjawab: "Emas sebesar biji kurma." Rasulullah saw. bersabda: "Adakanlah pesta perkawinan, walaupun dengan seekor kambing saja." |