Hadis Sahih Muslim No. 1596 Jilid 3 Topik adalah Hadiah 1596. Dari 'Umar r.a., katanya dia pernah menyumbangkan seekor kuda untuk perjuangan fi sabilillah. Kemudian didapatinya kuda itu tersia-sia oleh penunggangnya, kerana penunggang itu miskin. Kerana itu 'Umar berniat hendak membelinya kembali. Lalu ia datang kepada Rasulullah saw., maka dikatakannya kepada beliau niatnya itu. Beliau bersabda, "Jangan dibeli walaupun hanya satu dirham. Perumpamaan orang yang mengambil sedekahnya kembali, tak ubahnya seperti anjing yang menjilat muntahnya." |