Hadis Sahih Muslim No. 1592 Jilid 3 Topik adalah Faraid 1592. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Dibawa orang kepada Rasulullah saw. mayat seorang lelaki yang punya hutang. Lalu beliau bertanya, "Adakah dia mempunyai harta untuk pembayar hutangnya?" Jika dijawab dia mempunyai harta, beliau solatkan jenazahnya, dan jika dijawab dia tidak mempunyai harta, maka beliau bersabda, solatkan lah sahabatmu ini. Setelah Allah swt. memberikan kemenangan demi kemenangan kepada beliau, beliau bersabda, "Akulah yang lebih bertanggung jawab terhadap kaum muslimin daripada diri mereka sendiri. Maka siapa yang meninggal, sedangkan dia mempunyai hutang, maka kewajipan ku lah membayarnya. Dan siapa yang meninggalkan harta warisan, harta itu untuk ahli warisnya." |