Hadis Sahih Muslim No. 1589 Jilid 3 Topik adalah Faraid 1589. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Nabi saw. dan Abu Bakar mengunjungi ku dengan berjalan kaki ketika aku sakit di kampung Bani Salamah. Beliau dapati aku sedang tidak sadar. Lalu beliau meminta air untuk berwuduk, kemudian sisa air mukanya dipercikkannya kepada ku, sehingga aku sedar kerananya. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Apa yang harus ku lakukan terhadap harta ku, ya Rasulullah?" Maka turunlah ayat yang berbunyi: "Allah menetapkan bagi mu tentang warisan untuk anak-anakmu, bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan "(An Nisa' 4: 11). |