Hadis Sahih Muslim No. 1588 Jilid 3 Topik adalah Faraid 1588. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, aku jatuh sakit. Lalu Rasulullah saw. datang menjenguk ku bersama-sama dengan Abu Bakar, dengan berjalan kaki. Ketika itu aku sedang pengsan. Rasulullah saw. mengambil air wuduk, kemudian dipercikkannya kepada ku sisa air wuduknya sehingga aku sedar. Aku bertanya kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Bagaimana caranya aku harus mengatur hartaku?" Beliau tidak menjawab sedikit jua pun kepada ku, sehingga turun ayat warisan yang berbunyi: "Mereka minta fatwa kepada mu tentang kalalah. Katakanlah! Allah memberi fatwa kepada mu tentang kalah.." (An-Nisa', 4: 176) |