Hadis Sahih Muslim No. 1584 Jilid 3 Topik adalah Riba 1584. Dari Muhammad bin Ibrahim r.a., katanya Abu Salamah bercerita kepadanya bahawa Abu Salamah bersengketa dengan kaumnya perihal tanah. Lalu dia pergi kepada 'Aisyah r.a., mengadukan hal itu kepadanya. Kata 'Aisyah, "Hai, Abu Salamah! Jauhilah perkara (sengketa mengenai) tanah. Kerana Rasulullah saw. pernah bersabda: "Siapa merampas sejengkal tanah, dikalungkan Allah kepadanya kelak di hari kiamat, tujuh lapis bumi." |