Hadis Sahih Bukhari No. 1583 Jilid 4 Topik adalah Kahwin 1583, Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Di zaman Rasulullah saw., kami adalah pemuda-pemuda yang tidak memiliki apa-apa. Rasulullah saw. berkata kepada kami: "Hai para pemuda! Siapa yang mampu berumah-tangga, kahwinlah! Perkahwinan itu melindungi pandangan mata dan memelihara kehormatan. Tetapi siapa yang tidak sanggup kahwin, berpuasalah, kerana puasa itu merupakan perisai baginya." |