Hadis Sahih Muslim No. 1580 Jilid 3 Topik adalah Riba 1580. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. telah menetapkan suatu ketetapan tentang adanya hak syufah mengenai harta milik bersama (syarikat) yang belum atau tidak dapat dibahagi, seperti rumah dan kebun. Seorang anggota syarikat tidak boleh menjualnya sebelum diizinkan oleh rakannya bersyarikat. Jika rakannya suka membeli, maka silakan (lebih dabulu) dia membeli, tetapi jika dia tidak hendak membeli, maka rakan pertama tadi berhak menjualnya kepada orang lain, sekalipun tidak diizinkan oleh rakan kedua." |