Hadis Sahih Bukhari No. 1579 Jilid 3 Topik adalah Janji 1579, Dari Abu Said Al Khudri ra., Rasulullah bersabda: Nabi Nuh dipanggil pada hari kiamat. Beliau menjawab: "Ya, Tuhan!" Tuhan berfirman: "Sudahkah engkau sampaikan ajaran agama?" Beliau menjawab: "Ya, sudah". Lalu ditanyakan kepada umatnya: "Adakah Nuh menyampaikan kepada kamu?" Mereka menjawab: "Tiada datang kepada kami orang yang menyampaikan peringatan". Ditanyakan kepada Nuh: "Siapakah yang jadi saksi engkau?" Nuh menjawab: "'Nabi Muhammad dan umatnya". Lalu mereka (umat Muhammad) menjadi saksi, bahawa sesungguhnya Nuh telah menyampaikan, dan Rasulullah jadi saksi terhadap kamu (umat). Hal itu disebutkan dalam firman Tuhan: "Dan begitulah Kami jadikan kamu umat pertengahan (adil) supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu". (Surat Al Baqarah, 143) |