Hadis Sahih Bukhari No. 1575 Jilid 3 Topik adalah Janji 1575, Dari Abu Saad bin Mu'alla r.a., katanya: Ketika saya sedang solat dalam masjid, Rasulullah s.a.w. memanggil saya. Tetapi tiada saya sahuti. Kemudian saya berkata: "Wahai Rasulullah, Rasulullah! Saya tadi sedang solat. Beliau bersabda: "Bukankah Tuhan berfirman: "Sahutlah Allah dan Rasul apabila dia memanggil kamu!" Kemudian beliau mengatakan kepada saya: "Nanti ku ajarkan kepada engkau suatu surah yang amat besar dalam Al Quran sebelum engkau keluar dari masjid". Kemudian beliau memegang tangan saya. Setelah beliau hendak ke luar saya mengatakan kepada beliau:"Bukankah tuan menjanjikan akan mengajarkan kepada saya suatu surah yang amat besar dalam Quran?" Beliau bersabda: "Surat itu ialah: Alhamdulillahi Rabbil'alamin. Itulah sab'ul matsani (tujuh ayat yang diulang-ulang) dan Quran besar yang diberikan kepada saya". |