Hadis Sahih Muslim No. 1573 Jilid 3 Topik adalah Riba 1573. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Seorang hamba-sahaya datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bersumpah setia (baiat) akan turut hijrah. Sedangkan beliau tidak tahu bahawa dia seorang budak. Tidak lama kemudian datang majikan sahaya itu mencarinya. Maka berkata Nabi saw. kepada majikannya itu, "Juallah dia kepada ku. Aku tukar dengan dua orang sahaya hitam." Sejak itu Rasulullah saw. tidak pernah membaiat seseorang, sebelum ditanya apakah dia budak atau tidak." |