Hadis Sahih Muslim No. 1572 Jilid 3 Topik adalah Riba 1572. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki berpiutang kepada Rasulullah saw., lalu ditagihnya dengan cara kasar. Kerana itu para sahabat tidak senang terhadap orang itu. Maka bersabda Nabi saw., "Orang yang berpiutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda, kemudian berikan kepadanya!" Kata para sahabat, "Tidak ada unta muda, ya Rasulullah. Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya." Sabda beliau, "Belilah! Kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu, ialah yang paling baik membayar hutang." |