Hadis Sahih Muslim No. 1571 Jilid 3 Topik adalah Riba 1571. Dari Abu Rafi' r.a., katanya Rasulullah saw. pernah meminjam unta muda usia kepada seseorang. Setelah itu, ada orang menghantarkan unta sedekah kepada beliau. Lalu Nabi saw. menyuruh Abu Rafi' membayar unta muda yang dipinjamnya. Abu Rafi' mengatakan kepada beliau. "Ya, Rasulullah, belum ada unta muda yang ada hanyalah unta pilihan yang telah dewasa. Sabda beliau, "Berikanlah itu! Sebaik-baik manusia, ialah yang mengutamakan pelunasan suatu hutang." |