Hadis Sahih Muslim No. 1568 Jilid 3 Topik adalah Riba 1568. Dari Nu'man bin Dasyir r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya yang halal telah nyata (jelas) dan yang haram telah nyata. Antara keduanya terdapat perkara yang diragukan (mutasyabihat - syubahat) yang tidak diketahui kebanyakan orang. Maka siapa yang menjaga dirinya untuk tidak mengerjakan perkara yang diragukan, selamatlah agama dan peribadinya. Tetapi siapa yang jatuh ke dalam syubuhat, bererti dia jatuh kepada yang haram. Tak ubahnya seperti gembala yang menggembala di tepi tanah larangan. Dikhuatirkan dia akan jatuh ke dalam. Ketahuilah, bahawa setiap kerajaan itu mempunyai larangan, dan larangan Allah Ta'ala ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, bahawa di dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Apabila gumpalan darah itu baik, maka baik pulalah tubuh itu keseluruhannya. Tetapi apabila gumpalan darah itu rosak, maka rosak pulalah tubuh seluruhnya. Ketahuilah, gumpalan darah itu ialah hati." |