Hadis Sahih Muslim No. 1563 Jilid 3 Topik adalah Riba 1563. Dari Sa'id Ibnul Musaiyyah r.a., dia mengabarkan bahawa Abu Hurairah dan Abu Sa'id (Al Khudri) r.a., kedua-duanya menceritakan kepadanya bahawa Rasulullah saw. mengangkat seorang pegawai dari Bani Adiy untuk bekerja di Khaibar. Maka pada suatu ketika pegawai itu datang menghadap Rasulullah saw. sambil membawa kurma Janib. Rasulullah saw. bertanya kepadanya, "Apakah semua kurma Khaibar seperti ini?" Jawab orang itu, "Tidak, ya Rasulullah! Kurma ini satu gantang, ku tukar dengan dua gantang kurma jenis campuran." Maka bersabda Rasulullah saw., "Jangan lakukan lagi perbuatan seperti itu. Jika menukar harus sama banyak. Atau jual lebih dahulu kurma campuranmu, kemudian dengan wang penjualannya itu, boleh engkau beli kurma yang lebih bagus. Itulah yang seimbang." |