Hadis Sahih Bukhari No. 1560 Jilid 3 Topik adalah Janji 1560, Dari Abu Ishak r.a.: Saya sedang berada di samping Zaid bin Arqam. Ada orang bertanya kepadanya: "Berapa kali Nabi s.a.w. turut berperang dari seluruh peperangan?" Jawabnya: "Sembilan belas kali".Berapa kali engkau turut berperang bersama beliau?" Jawabnya: "Tujuh belas kali". Saya bertanya: "Peperangan manakah yang mula-mula?" Jawabnya: "Ghusairah atau 'Usairah". |