Hadis Sahih Muslim No. 1558 Jilid 3 Topik adalah Riba 1558. Dari Habib r.a., katanya dia mendengar Abu Minhal berkata: "Aku pernah bertanya kepada Al Bara' bin 'Azib perihal menukar wang. Kata Al Bara', "Tanyalah kepada Zaid bin Arqam. Dia lebih tahu daripada ku." Maka kutanyakan kepada Zaid, lalu katanya, tanyakan kepada Al Bara', kerana dia lebih tahu daripada ku. Akhirnya kedua-duanya sama berkata, "Rasulullah saw. melarang menukar perak dengan emas secara hutang." |